Catatan

MENU UTAMA

Imej
(DUB1012)PENGAJIAN MALAYSIA NAMA PENSYARAH :   PN.RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI KELAS: DTM 1C NAMA PELAJAR : 1.MUHAMMAD FADZIL BIN ZAIMI(02DTM17F1039) 2.MUHAMMAD ALIFF BIN ZAFRI(02DTM17F1042) 3.MUHAMMAD FADIL BIN NORAZAMAN(02DTM17F1099) 4.MUHAMMAD HAIKAL IQBAL BIN ISMAIL(02DTM17F1006) 5.FARIS BIN ZAKARIA(02DTM17F1048)   6.HARITH ADAM BIN MOHD RIZUAN(02DTM17F1069)

PENDAHULUAN

ASAL USUL KESULTANAN MELAYU MELAKA Merupakan institusi kesultanan melayu tertua dalam sejarah malaysia.Diasaskan oleh Parameswara,iaitu seorang putera raja dari Palembang pada tahun 1400.Mengundurkan diri dari Palembang dan berhijrah ke Temasik apabila negara tersebut diserang oleh Majapahit. Kedudukan Temasik mendorong Parameswara membunuh Raja Temagi iaitu pemerintah negara tersebut.Beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Muar apabila mengetahui  bahawa kerajaan Ayudhya,siam  yang menjadi penaung Temasik mengatur serangan balas.Beliau kemudianya berhijrah ke sebuah perkampungan di Muara Sungai Bertam,Melaka.Asal usul nama Melaka diambil bersempena dengan nama sebatang pokok, iaitu “MALAKA”

POLITIK

Imej
POLITIK SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA Pada kurun ke-15 masihi dan 16 masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di Alam Melayu,ekoran daripada sistem petadbiran yang sistemetik.  Sistem pentadbiran di Melaka mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki iaitu pemerintahan yang tergolong daripada golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau Sultan ,kerabat diraja dan para pembesar, manakala golangan yang diperitah pula terdiri daripada artisan, para pedagang, rakyat biasa dan hamba.  Sistem heiraki di Melaka. Kestabilan politik Melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memeritah dan mentadbir politik Melaka. Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir, iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk memajukan Melaka. Dalam meng...

PENDIDIKAN

Imej
PENDIDIKAN Pendahuluan Sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem pendidikan sebelum kemerdekaan dan sistem pendidikan selepas kemerdekaan. Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan dibahagikan kepada tiga iaitu sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah, sistem pendidikan di zaman pemerintahan Jepun dan sistem pendidikan di zaman pemerintahan Inggeris. Zaman pemerintahan Inggeris memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan di negara ini sehingga kini. Umumnya, sistem pendidikan dibahagikan kepada empat iaitu pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi, dan sekolah agama rakyat. Sebelum Kemerdekaan Pertama, sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah. Sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah adalah bersifat tidak formal. Sistem pendidikan telah wujud di negara ini sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Sistem pendidikan pada zaman ini adalah berasaskan kepada pengajaran al-quran, tingkah laku dan akhlak y...

EKONOMI

Imej
EKONOMI FAKTOR EKONOMI Dalam kurun ke-15, Melaka telah berkembang menjadi sebuah emporium yang penting. Menurut kata Tom Pires, ‘sebegitu penting serta menguntungkan hingga pada pandangan saya tiada bandingannya dalam dunia ini’.  Hal ini menunjukkan bahawa pada abad ke-15 dan ke-16 Melaka adalah sebuah kerajaan yang agung sebagai pusat perdagangan.  Mengikut Sejarah Melayu, Melaka digelar oleh orang Arab sebagai “Malakat” iaitu perhimpunan segala dagang-dagang. Ini bermakna pedagang-pedagang dari seluruh dunia melakukan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16. Pedagang-pedagang ini terdiri daripada pelbagai bangsa. Dari segi sejarahnya ternyata bahawa Melaka adalah sebuah negara kota dan pelabuhan yang cukup terkenal, khasnya pada ke-15 dan abad ke-16.  Kemajuan dan kemakmuran Melaka adalah kerana beberapa faktor. Antaranya ialah kedudukan geografinya yang strategik. Hal ini adalah kerana Melaka terletak di tengah-te...

RUJUKAN

RUJUKAN SUMBER Rujukan: BUKU ILMIAH:  Buku Teks Sejarah Tingkatan 1,bab  5-AHMAD FAWZI B. MOHD. BASRI,MOHD. FO`AD B. SAKDAN,AZAMI B. MAN,DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,KEMENTRIAN PELAJARAN MALAYSIA Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5,bab 3-Abd. Rahim Md Nor, Sivarajan a/l Ponniah, Roslan Yatim,DBP & KPM The Royal Families of South-East Asia by Jeffrey Finestone dan Dr. Shahril Talib   Air Mata Raja-Pengarang: Shaharudin Haji Ali & Norzailina Nordin;   Dewan Bahasa dan Pustaka   Empayar Melaka, Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hashim Pengajian Malaysia Edisi Kelima-Mardiana Nordin & Hasnah Hussin ; Oxford Fajar ;2014 INTERNET: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka http://ml.scribd.com/doc/51300692/KESULTANAN-MELAYU-MELAKA http://www.youtube.com/watch?v=vOlTSsmW-Jk

LAMPIRAN

Imej
LAMPIRAN